Monday, 17 October 2016

Shellout murah yang berharga RM35 untuk set couple





Anda mencari Shellout murah yang berharga Rm35.00 untuk set couple??? Jom singgah ke Izi Stesen yang terletak di Sungai Buloh Selangor.
Apa yang best disini, mereka ada SHELLOUT ASAM PEDAS bagi yang BENAR-BENAR merasakan mereka tekak orang malaysia. Wahhh...
Pilihan lain yang boleh korang pilih ialah Butter Milk dan Black Paper
Mungkinkah ini SHELLOUT ASAM PEDAS Pertama di Malaysia.?? Korang kena pergi & try rasa OK. Heee
Alamat :
Gerai MBSA Sg buloh. depan SMK Bdr Baru Sg buloh. Selangor.
(Besebelahan Shell Bandar Baru Sg Buloh, Berhadapan SMK Bandar Baru Sungai Buloh)
Masa Operasi :
06.00ptg -12.00tgh mlm
No Tel :
016-33578805

Sunday, 16 October 2016

Peserta Gegar Vaganza Musim Ketiga



Program Gegar Vaganza Musim 3 masih mengekal Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacaranya manakala Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim kekal sebagai juri profesional. Sama seperti dua musim terdahulu, GV3 tidak menggunakan khidmat penonton sebagai juri sebaliknya 100 peratus daripada juri profesional. GV3 akan memulakan konsert pertama pada 16 Oktober ini, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria 104 dan HD 123.


Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 (2016)
1. Ameng Spring, 2. Intan Sarafina, 3. Gmie Screen, 4. Azharina , 5. Razif Ismail, 6. Shidee Data, 7. Rem, 8. Zur Eda, 9. Elly Mazlein, 10. Zarul Umbrella, 11. Siti Sarah, 12. Nora.
Siaran langsung Gegar Vaganza 3 juga boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).